Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ebook: Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik Vol.1 - ImranAbdulJabar.com

Sunday, August 15, 2010

PASTI Hulurkan Bantuan kepada Mangsa Banjir Kg.Pasir Putih.

Ahad (08/oGos/2010), Sekali lagi Kampung Pasir Putih dilanda banjir. Banjir kali ini tidaklah seteruk banjir kali pertama bulan lalu. Namun banjir kali ini membuat kami terpaksa menunaikan tanggungjawab untuk membersihkan PASTI yang telah dipenuhi lumpur yang telah memasuki Bilik Belajar PASTI. Tujuan asal kami untuk turun ke Kampung Pasir Putih adalah untuk mengagihkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir, sebelum itu, tugas utama kami adalah untuk membersihkan PASTI terlebih dahulu.
Aktiviti membersihkan PASTI. (Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau antara orang yang paling awal sampai ke PASTI.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Tawau turut hadir bagi menghulurkan sumbangan. Lebih 40 Ajk Pemuda/Kawasan/Muslimat dan juga ajk cawangan yang turut hadir.
Turut Hadir Pengerusi PASTI Kawasan Tawau Encik Abd Karim Dollah. Setiausaha Dewan Mulismat Pn. Sari turut hadir sama dalam program tersebut.
Tapak Rumah salah seorang penduduk kampung yang telah dihanyutkan


Ketua Penerangan PAS Kawasan En Rahman Awang menyumbang senaskah buku Biografi Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS)

Rumah yang nyaris-nyaris dibawa arus sungai yang sangat deras airnya.

Begitulah lumrah kehidupan manusia yang dan ditentukan qada dan qadarNYA untuk kita umat manusia. Allah tidak akan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya. Disinilah medan kesabaran kita diuji, samada kita bersabar atau tidak dengan ujianNYA..


1 comment:

  1. Tahniah... mulakan gerakan menyentuh hati rakyat dari skrg.
    biar mereka menilaikan sendiri mana yg kaca mana yg intan.
    Insya Allah.

    ReplyDelete