Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 15, 2010

PASTI Hulurkan Bantuan kepada Mangsa Banjir Kg.Pasir Putih.

Ahad (08/oGos/2010), Sekali lagi Kampung Pasir Putih dilanda banjir. Banjir kali ini tidaklah seteruk banjir kali pertama bulan lalu. Namun banjir kali ini membuat kami terpaksa menunaikan tanggungjawab untuk membersihkan PASTI yang telah dipenuhi lumpur yang telah memasuki Bilik Belajar PASTI. Tujuan asal kami untuk turun ke Kampung Pasir Putih adalah untuk mengagihkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir, sebelum itu, tugas utama kami adalah untuk membersihkan PASTI terlebih dahulu.
Aktiviti membersihkan PASTI. (Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau antara orang yang paling awal sampai ke PASTI.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Tawau turut hadir bagi menghulurkan sumbangan. Lebih 40 Ajk Pemuda/Kawasan/Muslimat dan juga ajk cawangan yang turut hadir.
Turut Hadir Pengerusi PASTI Kawasan Tawau Encik Abd Karim Dollah. Setiausaha Dewan Mulismat Pn. Sari turut hadir sama dalam program tersebut.
Tapak Rumah salah seorang penduduk kampung yang telah dihanyutkan


Ketua Penerangan PAS Kawasan En Rahman Awang menyumbang senaskah buku Biografi Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS)

Rumah yang nyaris-nyaris dibawa arus sungai yang sangat deras airnya.

Begitulah lumrah kehidupan manusia yang dan ditentukan qada dan qadarNYA untuk kita umat manusia. Allah tidak akan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya. Disinilah medan kesabaran kita diuji, samada kita bersabar atau tidak dengan ujianNYA..


Wednesday, August 4, 2010

IHTIFAL ALAM RIA PASTI KAWASAN TAWAU

Ahad-01 Ogos 2010 bersamaan dengan 20 Syaaban 1431 Hijrah, bertempat di Stadium Tertutup Badminton Kompleks Sukan Tawau. "IHTIFAL ALAM RIA " satu lagi antara program tahunan terbesar PASTI Kawasan Tawau berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun pada pagi tu hujan turun lebat pada awalnya tidak menghalang PASTI untuk meneruskan program.Acara Melukis anak-anak PASTI Tahap 1 dan 2

Tayangan Mangsa banjir Kg. Pasir Putih / Pungutan Derma Kilat dilakukan bagi membantu mangsa banjir. Pungutan berjaya dikumpulkan lebih kurang RM1660.00.

Persembahan Nasyid daripada anak-anak PASTI
(Ruang mempamerkan bakat-bakat tersendiri)

Gerai Jualan Encik Usman Madeaming (Ummi Trading )

Saingan Hebat Ummi Trading gerai En. Roslan Ramli ( Busana Muslim )

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau membuka kaunter Daftar Pemilih.

InsyaAllah jika panjang umur kita jumpa di IHTIFAL tahun depan.........