Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ebook: Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik Vol.1 - ImranAbdulJabar.com

Sunday, June 13, 2010

Persahabatan Bola Sepak Team PASTI Tawau F.C VS Tondekan F.C

Ahad-13/06/2010 Baru-baru ini persahabatan Bola Sepak antara PASTI Tawau F.C dengan lawannya Tondekan F.C telah di adakan di Stadium Kompleks Tawau di Gelanggang 1 Futsal. Persahabatan antara PASTI dan Tondekan F.C (Pihak Lawan) diadakan bagi menguji tahap perkembangan skuad team PASTI dibawah bimbingan En. Satuwo (Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau) sebelum dihantar ke Pulau Pinang bagi mewakili PASTI Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan.


Ibu bapa yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Adik Hakimi (Penjaga Gol)
Biar Kecil...tp cili padi beb..

Setelah dibuat pertandingan Bola Sepak peringkat Zon PASTI Tawau, 10 pelajar telah dipilih dari setiap PASTI Kawasan Tawau bagi mewakili PASTI Sabah ke peringkat Kebangsaan

Antaranya:
1. Muazzin Zhaffran Bin Mohd Zain (PASTI BATU 2)
2. Sabaruddin Bin Sijion (PASTI BATU 2)
3. Arman Bin Aris (PASTI TAMAN RIA)
4. Mohd Hafazi Bin Mohd (PASTI TAMAN RIA)
5. Aminur Rahman Bin Hasan (PASTI SRI INDAH)
6. M. Abdul Syukur Bin Zulkifli (PASTI LOG POND)
7. Andi Aiman Haiqal Bin Sahbuddin (PASTI SADDANI)
8. Datu Yusof bin Datu Johor (PASTI SADDANI)
9. Noor Adli Hakimi Bin Yarnell Asmady (PASTI TG BATU)
10. Syed Ahmad Abdillah Bin Syed Alwi (PASTI BATU 2)

Wakil Saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, Guru-guru PASTI mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya terhadap wakil=wakil yang berjaya dipilh bagi mewakili PASTI Sabah ke Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang..

Teruskan Usaha Anak didik ku,
Kalian Adalah harapan bangsa dan negara,
Kalian jugalah Penyambung warisan,
Jangan dipinta untuk mundur walau selangkah,
Tapi,
Bukalah Minda, Pandanglah ke Hadapan,
Bagi Merealisasikan Impian Ibu Mu dan Guru Mu.

(Khas dari PASTI Kawasan Tawau)


JUMPA DI PULAU PINANG............





Tuesday, June 1, 2010

Sukaneka Pasti Kawasan tawau 2010!

Sukaneka Pasti 2010-di Padang Majlis Perbandaran Tawau 30 dan 31 Mei 2010!

0 comments

Perbarisan kontinjen 18 buah pasti termasuk pasti Semporna.
Dirasmikan oleh AJK Pas Pusat,Sdr Ahmad Dullah

Inilah generasi harapan Umat Tawau dan Sabah! Sukarela membantu di mana sahaja!

Gambar diambil dari laman Facebook Pas Kawasan Tawau.

Bolasepak Mini Pasti Sabah di Tawau!

Kejohanan Bolasepak Mini Pasti Sabah di Tawau! Wakil Sabah ke Semenanjung akan dipilih!

0 comments
28 Mac 2010 (Ahad), bertempat di Padang MPT Tawau diadakan Kejohanan B/Sepak Mini Pasti Sabah di mana peserta terdiri dari semua pasti di Daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Namun, pada saat-saat akhir, hanya semua pasti di Daerah Tawau sahaja yang bertanding... Untuk info, Zon Tawau dipilih sebagai wakil Kontinjen Sabah bagi acara Bolasepak Mini... Untuk Bola Jaring Mini, difahamkan Zon Sandakan atau Zon Pantai Barat...

Kejohanan ini mendapat bantuan tenaga Ahli-ahli Pas Kaw Tawau melibatkan Pemuda-Muslimat dan Pasti serta JIBG Pasti masing-masing... kejohanan dijalankan secara kalah mati..

Pasukan yang bermain di peringkat akhir- Pasti Taman Ria VS Pasti Kinabutan Ria.. Guru bergambar bersama pasukan sebelum berentap! Pasti Kinabutan JOHAN!!!

Pemain terbaik kejohanan- dari Pasti Kinabutan.. bakat digilap di sini! Pengerusi Pasti Kaw Tawau yang hadir sejak pagi hingga penutup menyampaikan hadiah..

Inilah wira-wira harapan Tawau untuk ke Semenanjung! Tahniah Pas dan Pasti kerana menganjurkan program yang cukup bagus. Ia membuka mata BN bahawa Pas tidak 'jumud'! Pasti 4 All! Pas 4 All! Islam 4 All!!

Terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya PASTI Kaw Tawau yang terlibat secara langsung menguruskan program ini!!!


Kursus Peningkatan Keguruan Guru Pasti Zon Tawau di Pasti Taman Ria 3, Tawau

Kursus Peningkatan Keguruan Guru Pasti Zon Tawau di Pasti Taman Ria 3, Tawau

0 comments
Alhamdulillah bermula pada pagi Jumaat 19/3 hingga Sabtu petang 20/32010- Kursus Peningkatan Guru (Kali Pertama) Zon Tawau melibatkan peserta dari daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna berjaya dilaksanakan..

Kertas dasar @ ceramah disampaikan oleh mereka yang berwibawa berdasarkan tajuk yang ditetapkan Pasti Pusat.. (dalam gambar Ust Zulkafri pembentang pertama pada Jumaat 19/3). Guru pasti diberi giliran menjadi pengerusi majlis sebagai latihan...

Muka lama dan baru duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di sini... Sederhana sahaja, namun mantap!

Wajah ceria guru yang ikhlas menuntut ilmu demi mendidik anak-anak bangsa...

Syukur guru-guru sanggup menahan sabar dengan suasana ruang legar pasti yang agak sempit.. namun sempit kita tak seperti orang lama kita.. sempit, tiada kipas angin.. angin original...

Giliran Ust Mohd. Nazri pula memberi input.. kalau tak ketawa tak sah.. itulah antara ciri menarik ceramah Ust Ketua Pemuda Tawau ini..

Tajuk yang penting-Sejarah Perjuangan Islam di Malaysia dan Sejarah Penubuhan Pas disampaikan oleh YDP Kaw-Bang Mohd Husain.. tajuk yang perlu disampaikan oleh orang yang sesuai- teori dan amali.. syukurlah beliau dapat luangkan diri berkongsi pengalaman pada hari Jumaat 815mlm hingga 9 45 malam.. kertas terakhir Hari Jumaat...

Tak cukup meja, di lantai pun apa boleh buat.. insya Allah, mengukuhkan lagi kekuatan jiwa...

Kak Rahmah turut membentang..

Timb. Ketua Pemuda Pas Tawau dijodohkan Allah sebagai Perasmi Kursus Keguruan pasti ini.. *kelihatan membuat draf ucapan sebelum berucap.. nampak simple orangnya.. itulah harapan warga Tawau Salahudin Al-Ayyubi Tawau menjelma kembali...

terima kasih daun keladi.. jangan serik jika kami jemput lagi!
*gambar kabur sikit

KAMI DARI UNIT LATIHAN KEGURUAN PASTI KAWASAN TAWAU MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF PASTI KAWASAN TAWAU MEMBANTU MELANCARKAN PROGRAM, SEMUA PENCERAMAH YANG KOMITED TENTANG JAMAAH, AJK PAS KAWASAN, AJK DPPKT, AJK DMPKT DAN SEMUA YANG TELAH MENYUMBANGKAN IDEA, TENAGA, HARTA DAN SEBAGAINYA.. HANYA ALLAH SAHAJA YANG LAYAK MEMBALAS JASA BAIK TUAN/PUAN..



BERJUMPA LAGI DI KURSUS KE 2!!!




Hadis Palsu Dalam Buku Teks PASTI?

Hadis Palsu Dalam Buku Teks PASTI?

0 comments


PAS akan buang hadis palsu dalam teks prasekolah
Abdul Rahim Sabri
Okt 26, 09
5:17pm
Jabatan pendidikan prasekolah PAS akan membuang satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya. Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku
Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005. "Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai. "Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.
Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi
"hubbul watan minal iman"
atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.